Majlis penyerahan replika cek berjumlah RM4.681 Juta sempena pembayaran dividen untuk Tahun 2023 kepada Qhazanah Sabah Berhad pada 7 Ogos 2024.

Majlis penyampaian di Menara Kinabalu itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob menerima replika cek tersebut daripada Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan QSB Ahmad Rizal Dahli,
Timbalannya Rudy Jaglul, CEO Kumpulan Angkatan Hebat Faez Ainstein Nordin, serta Pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah Angkatan Hebat Sdn Bhd.