Majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri 2017

Majlis penyerahan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffe, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, pada 13hb Jun 2017.

Majlis penyerahan kuih-muih Hari Raya kepada pasukan keselamatan ini merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kelolaan Jabatan Ketua Menteri sebagai melambangkan penerimaan dan penghargaan Kerajaan Negeri dan juga seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini terhadap khidmat bakti pasukan keselamatan kita.   

YBhg Datuk Haji Abu Bakar Haji Abas (CEO, Warisan Harta Sabah Sdn Bhd), mengetuai rombongan dari Kumpulan Warisan Harta. Turut menyertai memberi sumbangan pada majlis ini, adalah Kumpulan Angkatan Hebat, yang diwakili oleh Tan Sri DSP Haji Ampong Haji Puyon (Pengurusi).

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com